Saturday 14 February 2015

kuasa DO'A, Allah Maha Mendengar.



Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

DO'A.
walaupun doa itu dilafaz atau terdetik didalam hati,itu pun dikira doa.selalunya aku akan terdetik hanya dalam hati,,dan aku tahu Allah mendengar apa yang aku katakan. selalu ternampak benda-benda yang tak berapa nak menyenangkan,,,aku hanya mampu doakan dia..(nampak sgt lemah iman,,astaghfirullah) dan aku yakin Allah akan makbulkan tak kira lambat atau cepat.

doa untuk sahabat yang baik-baik saja,jangan pulak kau doakan sahabat dapat bala...nanti doa tu lantun balik kat kite pulak.

pernah doa nak dapat  sahabat yang baik-baik,alhamdulillah Allah sentiasa bagi sahabat-sahabat yang baik sepanjang aku belajar dari sekolah menengah sampai sekarang.


akhir kata mohon doakan saya moga jadi hamba Allah yang berjasa pada ummah.



Tuesday 9 December 2014

Kerja baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera



minggu lepas 1.12.2014,aku mula lapor diri dekat tempat kerja baru,jadi petugas pdk.mencabar jugak sebab aku tek reti nak mengajar orang. lagi2 mengajar kanak2 istimewa,mau terkebil-kebil aku masa ajar diorang. lagipun banyak jugak aku belajar tentang kehidupan daripada diorang.

 memang kena banyak bersabar. sejak tu ter-rajin la pulak aku cari pasal aktiviti untuk diorang buat masa belajar nanti,dulu amik kos sains memang tak ada kena mengena dengan apa yg aku kerja sekarang,

makanya kena cari sumber dengan maklumat sendiri,kena banyak bertanya.dulu aku nie boleh kata pendiam la kut kalau tak rapat lagi,,memang susah nak senyum dengan orang yang tak kenal,kat pdk nie,aku kena belajar senyum,jadi peramah,berani nak bertegur dengan kanak2 istimewa.mungkin aku kat pdk ni sementara,tapi sehabis baik aku kena bagi komitmen dalam berkerja.






Wednesday 12 November 2014

Menambah koleksi buku


Asssalamualaikum dan salam sejahtera

nampaknya,ada jugak buku-buku yang boleh dibaca..
setelah kian lama menanti akhirnya sampai jugak buku-buku ni semua.

Alkisahnya semalam dah pesan dekat nenek,kalau ada van poslaju nak hantar bungkusan nanti nenek tolong sain kan tau,,sepatutnya poslaju hantar terus depan rumah,oleh kerana tak ada sesiapa kat rumah,,terpaksalah aku pergi pejabat pos ambil bungkusan ni balik.sebab ada notis suruh ambil dekat pejabat pos dah tertampal depan pintu.ermmm,,poslaju ke mana,nenek pun ke mana..

bungkusan poslaju yg kena amik sendiri




nampaknya kena cari duit beli almari buku











tolong jangan termuntah dengan tajuk buku yang aku order

Wednesday 5 November 2014

Aku,Sijil dan Jubah

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.


lama bebenor tak update blog yang dah usang ditelan zaman.oleh kerana lama sangat tak update blog,biarlah aku bermadah pujangga,,,(cehhhh..).Alkisah......

kisah lama yang disingkap kembali.

konvo diploma yang sudah berlalu pergi.

meniti hari untuk berjuang belajar lagi.

agar aku tidak mensia-siakan kejayaan yang aku kecapi.

mohon doa ibuayah agar aku berjaya hidup didunia ini.

moga restu ibuayah mengiringi perjalanan ini.

aku mohon petunjuk hanya padamu Illahi.

agar Engkau berkatilah kehidupanku selama ini.

senyum konvo
tabik hormat utk segalanya

Friday 27 June 2014

arghhhh,,,terjatuh cinta



Assalamualaikum and salam sejahtera

baru habis baca novel TUNAS and aA+bB  masterpiece from HLOVATE. serius terjatuh cinta dengan semua cerita2 dari hlovate,semua buku dia dah habis baca dari 5 tahun 5 bulan sampai anthem,,cuma ada lagi buku2 dia yang tak ada, ked's story belum baca lagi,,nak cari la nanti bukunya,,(aishh,,duit ohh duit)..
antara buku2 hlovate yg ada.
5 tahun 5 bulan da baca,cuma tak beli ja

apa yang terjatuh cinta la sangatnya sebab lagu empty decoration ni, memang best, lagu friendship gituuu,,, 
lagu nie jumpa dekat dalam novel tunas, all about kisah zaman sekolah, friends colouring your life


nie lirik untuk lagu nie,walaupun video nie dah ada lirik,nak jugak letak.
I wake in the dark
With showers of life
Moments of emptiness around
Floating away
No other hope
Reality brings me

Into the ground
What can I do
What can I say
I need a place to hide away
Just for a while, just for a smile
Just for a life I used to know

The perfect song were filled with
Words of love and not with anger
What if they go
What if they leave me far behind

'Cause I don't wanna be alone.. (uh oh)
Living life for on my own (uh oh)
I don't want to live my life in isolation
Filled with empty decorations
'Cause I want to be with people that I know

Who would do the things I do (uh oh)
Making all my dreams come true (uh oh)
I don't recognize the shadows at my door
Though I've seen them all before
Because the only thing I really want..
Is to be with you....

kepada sahabat saya yg bernama mekyuni,yang suka sangat karya hlovate saya tujukan lagu nie khas untuk anda,,








Saturday 14 June 2014

Buku OHHH Buku

Assalamualaikum
semuaaaaa

memandangkan post yg lepas ada citer pasal pesta buku,,
makanya saya disini nak menyatakan bahawa buku-buku yang saya borong itu semua separuh dari gaji saya...kahkahkah(punya la semangat borong buku,sampai tak ingat bajet berapa).

firstly,kami kesana adalah dalam 6 org termasuk saya sekali,ramai juga terserempak dengan kenalan2 sekolah lama dan universiti,(yg dekat Uni seorang ja,dari sek lama ramai la jugak,,cehhhh,padahal tak sampai pun 10org,semua junior2,ada jgak senior.)

jalan punya jalan terjumpa booth fixi,,apa lagi kaut 6 buku,,sebab guna baucer banyak la saya membeli,nasib baik dah buat list buku apa ja yang nak beli,kalau tak,,,ermmm terbang baucer saya kat fixi je,,baucer yang lain2 nak kena belanja kat booth lain jugak..,pergi booth jemari seni apa lagi jugak kaut semua buku Hlovate,keh2,versus tak ada lagi makanya beli,,,,pakej Aa+Bb dan tunas sekali....owhh tak lupa jugak Vehaen:suatu cerita,,,(otw baca buku nie,,bestttt)

memandangkan dari awal dah buat list buku apa yang patut dibeli dan boothnya sekali,,cuma ada 1 je buku yg tak dapat dijumpai,,huhuhu sedih jugak...buku Pimpinlah aku kesyurga,akhirnya dapat jua saya miliki,,(punyalah jauh cari kat KL,rupa-rupanya ada je kat KS nie)...gumbira rasa hati.

banyak juga buku yg da abis baca,cuma tunggu turn ja buku mana yg perlu dihabiskan,,beli banyak2 tapi tak baca pun tak ada guna,

motif kedua pergi pesta buku,sebabnya nak jumpa amanwan depan2,,,gaya macam miang keladi,,,tapi buat muka tembok besar china,kahkah,,dgn tak berapa malunya,,,"aman nak tngkp gambar boleh ke"....kahkahkah,,sekali dia tnya ada ke singgah booth beli nomik dia,,,dgn tak bape nak segannya jujur cakap tak singgah sbb ramai org,(padahal tak tahu pun booth mana dia promote tu,,hehhe sorry aman)
sampai disitu saja cerita pasal buku yg diborong di pesta buku,,ada masa nnt mungkin kalau saya rajin akan ceritakan sedikit mengenai buku2 yg telah dibaca.Insyaallah.


Friday 16 May 2014

1 sampai 4

Assalamualaikum
dan salam sejahtera


hari ni dah masuk 16 Mei,sebelum ni post bertarikh bulan disember,,,lama jugak tak update blog. nak menulis pun macam kaku ja.
owhh iya lupa pulak,, Selamat Hari Guru kepada cikgu2 dari zaman sekolah tadika sampai la ke menara gading. Semoga diberkati Illahi.

Lepas LI 4 bulan yang lalu,hajat dihati memang nak bekerja,,try minta kat kilang yg dekat dgn rumah,,,rezeki tak ada,kira tak lepas la interview tu,alih2 kerja je la kat kedai alat2 tulis,kahkahkah,,kerja la apa2 pun asal aku hepy,lalallalla

nak dijadikan citer,da brapa buah buku da ak khatam baca,dekat 4-5 buah la jugak..hahahaha,,,tu hepy nya kalo takda customer,sambil2 isi masa kosong aku membaca,,,tak membazir la masa aku.

budak2 lepas SPM da tahu dorang nak sambung diploma kat mana,tinggal la budak2 diploma ni nak sambung degree kat mana pulak,,aishhh macam seram plak perutusan UPU nie nak keluar,,,hantar dokumen2 bukan main semangatnya,,,maklumlah budak diploma ja yg kena hantar, budak yg kategori lain takyah,,(kat situ nak tunjukla budak diploma nie jenis yg independent sikit,,,cehh konon nyer,,padahal mengelabah taktahu macam mana nak buat,ha5)

ada satu hal lagi,sepanjang aku bekerja nie memang banyak cabaran dan dugaan, oleh kerana kerja kat kedai,,customer is always right.right?,,,kena marah tu bukan sekali,tapi banyak kali,,hahaha aku buat2 cool je,sebab ak tahu, belajar dari kesalahan/pengalaman,makin kena marah/tegur antibodi penyabar tu kena tahap maksimum beb sebab apa???? sebab takkan la nak marah balik kan,,,or kata lain takkan nak hujan depan bos kut lepas kena marah,,buat muka cool sudah,,,(tapi dalam hati da nagis2 da nie,hahhaha)
apa2 pun best pengalaman bekerja nie,,lagi satu nasihat dalam diri aku,,tempat kerja nie juga boleh dijadikan ladang pahala,,aahhhh gituuu,,sambil2 tengah lap2 habuk tu berzikir,,ape salahnya,,,

eehhh,,macam terpanjang plak post nie,,,rasa nyer itu je la kut dulu,,post yg gabung dari bulan 1 sampai 4,,hahaha,,esok2 nak gi melancong,,boleh la rehatkan minda dan jiwa sambil2 lihat keindahan alam,,,dan tak lupa jugak kepada kak cute saya ada hutang anda 2 benda, lepas saya balik bercuti nie Insyaallah saya tunaikan ye..tengah perah2 otak yang da lama berkarat ngan karangan2 yg tak seberapa hebatnya nak dibandingkan dgn yg lain.


gambar nie tak ada kena mengena ngan cerita post di atas
nie citer untuk post yg akan dtg
(bajet rajin nak update blog,kahkahkah)