Tuesday 2 August 2011

Pertama kali keluar bersama sahabat

Sejak aku memasuki sekolah berasrama ini tidak sekali pun aku keluar bersama kawan-kawan untuk meluangkan masa bersama-sama.Akhirnya selepas tamat SPM barulah aku berpeluang untuk keluar bersama-sama dengan kawanku.Perjalanan ini bermula ketika aku bersama dengan Jahan dan Fadlin pergi ke KTM Sg.Buluh untuk ke Mid Valley.Aku dan sahabat yang lain berjanji untuk berjumpa di Mid Valley.Perjumpaan ini sekadar untuk meluangkan masa bersama.Sahabat-sahabatku yang hadir terdiri daripada,kelas 5JN.tetapi hanya segelintir sahaja yang dapat hadir,kerana kekangan yang tidak dapat dielakkan.Namun aku gembira dapat bertemu dengan mereka walaupun dalam jumlah yang kecil.
Kami meluangkan masa bersama untuk yang pertama kalinya bagiku.Sesuatu pengalaman baru yang memberi aku sedikit keseronokan bersama sahabat-sahabat.
Saat kita bersama kenapa cepat masa berlalu,walau kita kenal hanya dalam tempoh masa yang singkat namun aku merasakan sudah bertahun-tahun lamanya kita bertemu.mungkin ini suatu anugerah untuk kita berkenalan walau dalam tempoh yang singkat.tetapi segala memori kita bersama tidak akan luput dari ingatanku.