Thursday 21 July 2011

Penghabisan tingkatan 4

Wajah-wajah sahabat sekelasku.Dengan kehadiran merekalah membuat persahabatanku bersama mereka lebih manis.
Perkara yang amat menyeronokkan ketika aku berada di tingkatan 4 ialah mendapat sahabat baru tidak kira dari sekolah harian mahupun sekolah asrama.Mungkin bagi sahabat-sahabatku yang lain tidak menyenangi kehadiran mereka ke sekolahku,namun bagiku memperoleh sahabat yang ramai amat mengembirakan hatiku.Aku senang untuk berkawan dengan mereka walaupun mungkin mereka berasa janggal pada mulanya untuk berkawan denganku namun dengan sikap agar tidak meninggi diri kepada orang lain membuatkan mereka senang berkawan denganku.Selepas lebih kurang setahun aku dan sahabat berkawan segalanya berlalu dengan pantas.
Pelbagai kenangan yang dapat aku lalui bersama dengan mereka ,walau hanya satu tahun.Aku dan sahabat-sahabatku belajar di kelas 4 Jannatul Naim.Kelas ini banyak memberi kenangan kepada kami.Kelas ini jugalah pernah dinobatkan sebagai kelas terbersih,tetapi selepas menggondol banyak kali sebagai kelas terkotor.Segala memori antara kami rakan sekelas tidak dapat dilupakan.
Kenangan sewaktu menjalani prep malam di kelas 4 Jannatul Naim bersama-sama mengulang kaji pelajaran.
                                   
                                       

Wednesday 20 July 2011

Aku kehilangan seorang sahabat

Tanggal 21.2.2007 telah menjadi sejarah buatku kerana tarikh inilah aku telah kehilangan seorang sahabat yang mungkin tidak berapa akrab namun dengan kebaikannya membuatku berasa senang untuk berkawan dengannya.Sudah lama terpisah membuatku rindu untuk menatap wajahnya.Sifatnya yang manja dan peramah menjadikannya senang berkawan dan peramah.
Namun Allah lebih menyayanginya,dia pergi meninggalkan keluarga dan sahabatnya pada usia yang begitu muda.Hayatnya hanya sampai umur 14 tahun,satu usia yang begitu muda untuk meninggalkan kami.Hanya takdir yang dapat menentukan segalanya.Kita sebagai hambaNya hendaklah redha akan ketentuanNya.Mungkin itu yang lebih baik untuk dirinya.
Sewaktu aku menerima khabar  berita mengenai pemergian sahabatku ini  pada sebelah pagi,kebetulan aku sedang  menikmati cuti sekolah di rumahku,Tapi aku sepatutnya kembali ke asrama pada petang itu juga.
Mungkin ini takdir yang di aturkan oleh Allah kerana memberi aku kesempatan  melihat wajahnya untuk yang terakhir kalinya.
Aku pergi menziarahi  rumahnya bersama-sama sahabatku yang lain.Pada hari itu merupakan hari persekolahan bagi pelajar sekolah harian, ramai sahabat lamaku yang telah berpakaian lengkap uniform sekolah sanggup menziarahi sahabatnya yang tercinta untuk memberi penghormatan yang terakhir.
Sayu hatiku tatkala melihat wajahnya yang pucat lesi terbaring di atas tilam.Jenazah dibawa ke rumahnya selepas mendapat pelepasan keluar dari pihak hospital.Selepas jenazah sampai ke rumah,ahli keluarganya yang lain mengambil tugas untuk memandikan serta mengafankan jenazah.Aku serta sahabatku yang lain menyedekahkan bacaan surah Yasin kepada sahabat kami yang dicintai.Usainya pengafanan jenazah aku diberi peluang untuk menatap wajah sahabatku dengan lebih dekat.Aku terasa ingin menitiskan air mata kerana perasaan sedih dan hiba terpaksa berpisah untuk selama-lamanya.
Aku hanya mampu untuk mengitipkan sekalung doa untuknya agar rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan disisi orang-orang yang beriman.Sahabat yang telah lama meninggalkanku dan tidak akanku lupa segala kenangan bersamamu,seorang sahabat yang bernama Nur Aishah bt Tomichan.Semoga engkau memperoleh keredhaan dari Allah.Al-Fatihah.


Sahabat waktu kanak-kanak

Sahabat di waktu kecil mengajar aku erti keseronokan zaman kanak-kanak.Usia muda hanya berfikir untuk berseronok dan bergembira tidak perlu memikirkan pelbagai masalah .Masa usia mudalah masa untuk menikmati keseronokan kerana masa muda itu hanya sekali.


 Di waktu sekolah rendahlah segala kenangan bersama sahabat tidak dapat di lupakan walaupun sudah lama tidak bersua muka tapi segala memori sudah terpahat di kepala.


Waktu belajar, main bersama-sama menjadikan kami rapat selama belajar disekolah rendah.Walaupun berjumpa pagi dan petang tidak pula aku jemu untuk bertemu dengan mereka.Persahabatan ini juga menjadikan suasana ke sekolah amat menyeronokkan.Perasaan gembira ini tidak sekali mencetuskan perasaan bosan sewaktu pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 


Selama 6 tahun menjalani persekolahan peringkat rendah akhirnya dengan berbekalkan keputusan UPSR yang cemerlang.Aku perlu melanjutkan pendidikan di peringkat menengah.Selama 6 tahun persahabatan yang terjalin akhirnya aku terpisah dari sahabatku yang selama ini telah menjadikan persahabatan itu sesuatu yang pahit untuk melupakannya.


Kami terpisah membawa haluan masing-masing selepas tamatnya sekolah rendah.Walaupun begitu aku berharap agar persahabatan ini tidak putus di tengah jalan.Aku berharap persahabatan ini dapat di kekalkan hingga ke akhir hayat.

Tuesday 19 July 2011

Sahabatku

Sahabat bagiku adalah insan-insan yang amat aku rapat selepas keluargaku.Sejak dari tadika, sekolah menengah hingga ke zaman universiti,sahabatlah merupakan antara yang memberi inspirasi kepadaku erti sebuah kehidupan di dunia ini.
Jikalau tanpa kehadiran sahabat bagiku hidup ini kosong tanpa gelak tawa,perasaan sedih,mahupun hubungan yang akrab seperti adik-beradik yang saling membantu serta memahami perasaan sebagai seorang sahabat.