Wednesday 20 July 2011

Aku kehilangan seorang sahabat

Tanggal 21.2.2007 telah menjadi sejarah buatku kerana tarikh inilah aku telah kehilangan seorang sahabat yang mungkin tidak berapa akrab namun dengan kebaikannya membuatku berasa senang untuk berkawan dengannya.Sudah lama terpisah membuatku rindu untuk menatap wajahnya.Sifatnya yang manja dan peramah menjadikannya senang berkawan dan peramah.
Namun Allah lebih menyayanginya,dia pergi meninggalkan keluarga dan sahabatnya pada usia yang begitu muda.Hayatnya hanya sampai umur 14 tahun,satu usia yang begitu muda untuk meninggalkan kami.Hanya takdir yang dapat menentukan segalanya.Kita sebagai hambaNya hendaklah redha akan ketentuanNya.Mungkin itu yang lebih baik untuk dirinya.
Sewaktu aku menerima khabar  berita mengenai pemergian sahabatku ini  pada sebelah pagi,kebetulan aku sedang  menikmati cuti sekolah di rumahku,Tapi aku sepatutnya kembali ke asrama pada petang itu juga.
Mungkin ini takdir yang di aturkan oleh Allah kerana memberi aku kesempatan  melihat wajahnya untuk yang terakhir kalinya.
Aku pergi menziarahi  rumahnya bersama-sama sahabatku yang lain.Pada hari itu merupakan hari persekolahan bagi pelajar sekolah harian, ramai sahabat lamaku yang telah berpakaian lengkap uniform sekolah sanggup menziarahi sahabatnya yang tercinta untuk memberi penghormatan yang terakhir.
Sayu hatiku tatkala melihat wajahnya yang pucat lesi terbaring di atas tilam.Jenazah dibawa ke rumahnya selepas mendapat pelepasan keluar dari pihak hospital.Selepas jenazah sampai ke rumah,ahli keluarganya yang lain mengambil tugas untuk memandikan serta mengafankan jenazah.Aku serta sahabatku yang lain menyedekahkan bacaan surah Yasin kepada sahabat kami yang dicintai.Usainya pengafanan jenazah aku diberi peluang untuk menatap wajah sahabatku dengan lebih dekat.Aku terasa ingin menitiskan air mata kerana perasaan sedih dan hiba terpaksa berpisah untuk selama-lamanya.
Aku hanya mampu untuk mengitipkan sekalung doa untuknya agar rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan disisi orang-orang yang beriman.Sahabat yang telah lama meninggalkanku dan tidak akanku lupa segala kenangan bersamamu,seorang sahabat yang bernama Nur Aishah bt Tomichan.Semoga engkau memperoleh keredhaan dari Allah.Al-Fatihah.


No comments: