Monday 12 September 2011

Kenangan sewaktu praktikal haji dan umrah

Teringat lagi saat indah bersama,aku dan sahabat-sahabatku perlu bangun awal pagi untuk melaksanakan kursus haji dan umrah di sekolahku.Program ini khas untuk pelajar-pelajar tingkatan 5 selepas mempelajari topik haji dan umrah,kami  melakukan praktikal ini bagi membantu kefahaman kami mengenai haji dan umrah.Secara tidak langsung program ini telah banyak memberi kefahaman kami mengenai haji dan umrah walaupun tidak dilaksanakan di Mekah tetapi hanya dilakukan di sekolah tetapi perasaannya seperti tidak sabar melakukannya disana.Semoga aku dan sahabat dapat menunaikan haji dan umrah di tanah suci Mekah pada masa-masa mendatang.
Replika Kaabah dan Hijir Ismail didirikan untuk menjadikan program ini nampak lebih realistik.
 Kenangan sewaktu menjalankan progam ini tidak dapat aku lupakan kerana aku seronok dapat bersama dengan sahabat-sahabatku melakukan kursus haji dan umrah ini.Pengalaman pertama kami melakukan ibadah haji dan umrah ini kerana ia dilakukan hanya di kawasan sekolah sahaja tetapi sekolah kami telah menyediakan tempat untuk melakukan kursus ini kerana progam ini dilakukan sebagai progam turun-temurun untuk pelajar-pelajar tingkatan 5 dalam memenuhi program yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam di sekolah kami.Sedikit gambar yang sempat diambil ketika program ini berlangsung ialah ketika melakukan saie di dewan terbuka sekolah.
Pelajar lelaki menunggu untuk pelepasan saie dari safa dan marwah.