Tuesday 9 December 2014

Kerja baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera



minggu lepas 1.12.2014,aku mula lapor diri dekat tempat kerja baru,jadi petugas pdk.mencabar jugak sebab aku tek reti nak mengajar orang. lagi2 mengajar kanak2 istimewa,mau terkebil-kebil aku masa ajar diorang. lagipun banyak jugak aku belajar tentang kehidupan daripada diorang.

 memang kena banyak bersabar. sejak tu ter-rajin la pulak aku cari pasal aktiviti untuk diorang buat masa belajar nanti,dulu amik kos sains memang tak ada kena mengena dengan apa yg aku kerja sekarang,

makanya kena cari sumber dengan maklumat sendiri,kena banyak bertanya.dulu aku nie boleh kata pendiam la kut kalau tak rapat lagi,,memang susah nak senyum dengan orang yang tak kenal,kat pdk nie,aku kena belajar senyum,jadi peramah,berani nak bertegur dengan kanak2 istimewa.mungkin aku kat pdk ni sementara,tapi sehabis baik aku kena bagi komitmen dalam berkerja.