Monday 29 April 2013

^.+Terjebak?????

Assalamualaikum

dan salam sejahtera



Apa yang ingin saya sampaikan sebenarnya memang betul-betul berlaku disekitar saya dan mungkin juga anda.
kisah mengenai jiwa remaja yang selalu memberontak,,hahaha..saya rasa semua yang sedang atau pernah mengalami masa-masa remaja tahu mengapa memberontak....
salah satu sebab nak kebebasan atau kepuasan atau kemewahan atau keseronokan atau kurang kasih sayang..banyak lagi sebab dan musababnya kenapa kebanyakan remaja masa kini suka memberontak.
Mungkin kerana keluarganya atau mungkin juga kerana kawan-kawannya. atau mungkin juga kerana dirinya sendiri..

Kadang-kadang remaja nie hanya inginkan kepuasan..dah tak fikir da apa yang bakal berlaku ataupun akibatnya kemudian hari...
sampai ada yang sanggup ponteng sekolah semata-mata nak hang out dengan member2 dia...sampai ada yang tak balik rumah berfoya-foya...
apakah?
mengapakah?
kenapakah?
apakah mereka semua ini tak terfikir ke kerisauan yang terbit diwajah-wajah orang tua mereka...
risau anaknya dimana...
risau anaknya dengan siapa...
risau anaknya buat apa diluar sana yang banyak godaannya...
risau apakah aktiviti yang dilakukan anaknya...

Andai mereka tahu betapa peritnya membesarkan seorang anak...
Andai mereka tahu kenapa ibu ayah ini kuat membebel..
Andai mereka tahu kenapa ada hasrat yang disekat... 

Mungkin mereka akan merasa semua itu sekiranya mereka mempunyai anak....
Sampai bila tibanya masa yang diperlukan agar anak2 nie faham apa yang ibu ayah buat ini kerana kebahagiaan anak-anaknya sendiri.
mungkin ada yang terjebak disebabkan hal keluarga....
itu tidak dinafikan sebab kurangnya kasih sayang...
jangan salahkan keluarga sahaja tapi inisiatif sendiri tak ada langsung...
Kalau keluarga dah porak peranda
jangan pula nak cari kawan yang takda hala tuju...
Cari kawan yang boleh bimbing kita kepada Allah...
Itu sebabnya kawan nie ibarat pantulan diri kita
kalau dah berkawan dengan mat2 lepak
mat lepak la gelaran yang kita dapat..
Tapi...
kalau berkawan dengan geng surau..
alhamdulillah dapat gak gelaran geng2 surau tu..


Sampai disini saja la coret menyoret..apa yang PERTAMA penting dekat sini kita tahu macam mana nak hargai ibu ayah kita
DAN YANG PENTING IALAH KITA TAHU PILIH KAWAN KITA..



No comments: