Friday 25 January 2013

Memahami

Assalamualaikum dan salam sejahtera....



Post kali ini mengenai kawan atau sahabat yang saling memahami antara satu sama lain.
Memang susah untuk kita dapat kawan yang paham apa yang kita nak sebenarnya sebab diri dia bukan dalam diri kita. Walaupun kita dan dia mempunyai perbezaan tapi tetap juga mempunyai sedikit persamaan. 
Dengan sedikit persamaan itulah persahabatan yang terjalin akan tetap utuh. Sepanjang persahabatan yang terjalin disitulah proses kenal dan memahami akan berlangsung dengan berterusan kerana manusia ini akan berubah dari masa ke semasa. Pertamanya sekiranya kita mengharapkan sahabat kita  paham diri kita,,,,kitalah yang sepatutnya paham diri dia dahulu,seterusnya dia juga akan paham diri kita macam mana seadanya. Walaupun kadang2 kita akan terasa hati dengan dia namun setiap persahabatan tak selalunya manis bak gula-gula,kadang ada juga yang pahit umpama kopi tanpa gula.
Sepanjang persahabatan yang saya lalui sifat memahami ini sangat perlu dititikberatkan kerana persahabatan ini bukanlah hanya satu pihak saja yang perlu paham pihak satu lagi,,,tapi ia melibatkan antara kedua-dua belah pihak.
Sekiranya kita paham apa yang kawan kita rasa,InsyaAllah,,,dia juga akan paham apa yang kita rasa..
Sekarang saya juga tengah belajar untuk memahami diri sahabat2 saya,tapi janganlah hanya mengharapkan saya saja yang paham diri anda, anda2 semua pun kena paham macam mana diri saya,, Setiap orang ada prinsip atau tingkah laku dia sendiri. Semua manusia adalah unik. Yang penting sifat faham-memahami perlu diamalkan antara kedua-dua belah pihak,,,,jangan satu je,,sebab mungkin nanti akan ada hati yang terguris.

p/s:maaf kalau post merapu2 macam ni.

2 comments:

Maisarah Azmi said...

wah,,blog atiq..berbunga2.. =)

AtiQ said...

xde la sarah,,blog sarah lagi comel kut